Assalamualaikum
Pernah tak korang dengar tentang bayi baru lahir datang bulan, senang cite baby period. Ha... pernah ke?
Baby ni lahir je keluar haid dan tempohnya pun sama macam haid biasa iaitu 5 ke 7 hari jugak, cuma yang membezakannya takde la darah tu keluar banyak, keluar sikit2 je la sesuai ngan umur baby.
Korang nak tau kenapa aku peka tentang topik ni... hehehe sebabnya aku dapat pengalamanni dari anak sulung aku. Terkejut aku asal tukar pampers ada darah skit kat situ, asal aku lap je guna wet tissue ada darah sikit kat situ.
Mau tak cuak maknya ni, tipon la aku ni misiku kuza tanya tentang asal anak aku keluar haidni, yang bestnya ini adalah kes yg sangat jarang berlaku dan bukan semua orang tau tentang bendani termasuk la jururawat klinik kesihatan ibu anak tu. Nasib baik la ada sorang nurse senior tu pernah dengar pasal kes ni dan dia explain r kat aku yg memang ada bayi yg keluar darah macam periodni kerana hormon dia.
Aku ulang lagi sekali ek, bayi keluar haid ni amat jarang berlaku namun ianya adalah normal dan takde apa nak dirisaukan. Yang kelakarnya korang jangan plak p mandi wajib anak ko lps period dia habis. Hehehe. Hmm 1 lagi yang aku nak inform kes macamni kalau korang tanya orang tua2 pun ada kemungkinan ramai yang tak tau as i mention earlier this is a very rare case ok.
1 lagi arwah mak aku pun ada cakap dulu aku pun masa baby ada period gak macam anak aku. Alhamdulillah anak aku datang period tu 7 hari je lepas tu dah takde dah, so itu kira normal. Yang tak normal kalau setiap bulan dia datang period macam aku pernah jumpa sorang budakni kat hospital.
Kalau tak salah dia belum 2 tahun tapi badan dia memang nampak besar la n mak dia inform aku anak dia period setiap bulan. So dia ulang alik hospital untuk dapatkan injection supaya hormon dia terkawal, kalau dia tak amik suntikan tu (mahal ubat ini tapi in sha Allah boleh deal ngan gomen) dada dia pun akan membesar seperti remaja dan dia kena terima suntikan ini sehingga umur yang sesuai untuk dia datang haid macam 11 tahun ke, 12 tahun ke, 13 tahun ke, umur2 gitu le. Alahai cian aku kat budaktu. Tapi itu dah bahagian dia Allah bagi, in sha Allah ada ganjaran yg lebih besar Allah nak bagi dia kan.
So... inilah info dan cerita aku tentang anak baru lahir dah datang haid....
Semoga aku sekeluarga bahagia didunia dan akhirat.